01 January 2014

welcome 2014

salam tahun baru u'alls

tak sangka kejap sangat masa berlalu . rupanya dah menjelang tahun 2014 . sedangkan rasa macam baru semalam last day belajar dekat tadika . oke . propa je lebih . sempena tahun baru nie . ramai yang memasang azam tahun baru . aku jugak tidak terkecuali . tapi sayang azam tahun lepas pun tak tertunai lagi macam nak nak buat azam baru . sampaikan azam tahun lepas pun sampai lupa ada azam apa . dashat betul . 

maka kali memang kena bersungguh-sungguh untuk capai semua nie . perlukan azam yang tekad . usaha yang berpanjangan dan jangan mudah berputus asa . bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . alang-alang penyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan . genggam bara api biar sampai menjadi arang . banyak pulak peribahasa dan pepatahnya . but . the most important thing . harap sangat azam kali nie tertunai tidak seperti last year yang hanya seperti hangat-hangat tahi ayam . 

so . this entry is to say happy new year to all the hard working bloggers yang sengaja singgah atau tersinggah dekat blog ini . semoga tahun ini lebih memberi keberkatan kepada kita dan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik-baik untuk kita semua . insyaAllah . amin .


30 December 2013

entry tiada title

hai bloggers 

eh . lama sangat dah tak hupdate apa-apa dekat blog nie . bersawang ape semua dah . so dengan rasa simpati terhadap blog buruk nie . aku gagahkan tangan dan otak ini untuk berfikir segala idea untuk menghudpate entri kali ini . 

nak cerita pasal isu semasa macam tak tengok berita sangat . dah adik aku duduk layan korea tak kesudah . baca newspaper apatah lagi . kalau time belajar dulu rajin jugak lepak library baca paper free sambil menikmati kesejukkan aircond yang tiada taranya .  tapi kini menanti newspaper free amatlah susah . 

nak cerita pasal gosip artis . tak tahu nak gosip ape . aku pun layan MELETOP dengan MELODI je kalau nak tengok gosip artis . so kesudahannya . memang tak ada idea datang pon . dengan sekarang kena tunggu balik rumah baru boleh hupdate blog nie . handset cikai aku pulak memang tak boleh nak hupdate apa-apa . tak jumpa-jumpa button publish . leceh betul . 

tetibe rasa nak tukar handset yang besar gedabak macam budak-budak muda sekarang . macam tua sangat kita nie . haha . namun apakan daya . semuanya memerlukan WANG . sedangkan aku hanyalah penggangur tegar yang selalu menghabiskan masa dengan hanya goyang kaki dikampung atok aku . maka jadilah aku seperti pak jenin yang hanya mampu berangan . 

sekian untuk kali nie .

01 November 2013

Result last diploma

salam semua .

huh . pejam celik pejam celik . dah keluar pon result kita . macam tak sangka je . rasa macam baru semalam jawab last paper . HAHA . oke tipu . tapi seriuslah . result memang keluar tersangatlah cepat sebelum pukul 12 pulak tue . bagusnya sistem uitm sekarang . kalau dulu pukul dua tiga pagi baru merasa nak sedih ke gembira ke tengok result . tapi sekarang . tak sempat nak feel lagi dah "tubik" result . jadi tak tahu nak rasa apa . gembira ke sedih ke sebab feel tak sampai lagi . macam tak percaya je . nie pon dapat tahu sebab si rosma yang merangkap my classmate . groupmate and roomate yang semangat dan rakus call aku suruh check email . kalau idok tak tahu jugak result dah keluar .

alhamdulillah YA ALLAH . terima kasih untuk kejayaan yang KAU berikan kepadaku dan juga sahabat-sahabatku . maka dengan ini aku telah berjaya menamatkan diploma pengurusan maklumat dengan jayanya . ALHAMDULILLAH .

click gambar untuk tumbesaran - just for sharing . 

result untuk yang last nie even menurun tapi masih boleh menaikkan cgpa . alhamdullillah . harap dapat further degree pulak lepas nie . insyaAllah . hope everthing going smoothly . tak lupa TAHNIAH kawan-kawan seperjuangan atas usaha anda selama ini . fighting !

# yunie buad shima semangat hupdate entry nie . hoho . 


28 October 2013

Kerja

salam semua

rasa macam dah lama gila cuti . bosan . dah tak betah nak duduk dalam rumah je . sampai ayah dah panggil puteri lilin . langsung tak keluar rumah . tak sabar nak kerja . tapi tuelah tak tahu nak kerja apa . semalam ada call cik din . tauke kedai makan . dulu pernahlah kerja dengan dia time tunggu result SPM . tapi sekarang nie kedai dia dah full . so die suruh tunggu dulu . nanti die inform balik . sebab die dah cakap . kalau aku nak masuk . die oke je . so sekarang nie aku nak tuntutlah janji-janji manis die tue . 

aku bukan tak nak cari keje lain . tapi aku nak amek lesen . so kalau keje kedai makan nie . anytime aku bole cuti . lagipun aku dengan cik din nie ngam je . die tue gila-gila . kuad melatah pulak tue . tapi tue lah gaji ciput je . macam tak berbaloi pun ye jugak . tapi dari duduk rumah tak dapat pape better keje kan . so its oke la . 

tue jela kowd untuk hari ini . tataw nak hupdate ape dah . 

23 October 2013

Kali nie betul

salam semua .

alhamdulillah . masalah pagi tadi mampu diselesaikan dengan sekelip mata dengan bantuan encik azri kesayangan . terima kasih awak untuk bantuan yang dihulurkan . terima kasih sebab bersusah payah beli nombor pin yang baru . terima kasih untuk duit yang melayang hari ini . terima kasih untuk minyak yang digunakan untuk pergi ke BSN . terima kasih untuk masa yang dibazirkan begitu sahaja . 

oke . stop pasal encik kesayangan . maka dengan berbekalkan nombor pin yang baru . maka berjayalah untuk meng'apply' application tersebut dengan bantuan roomate kesayangan rosma . dengan bantuan tersebut maka aku telah berjaya men'apply' ini . 


kalau boleh nak jugak dapat rekod . tapi kalau dapat library pun oke jugak . paling dielakkan sistem . memang tak kenanlah dengan sistem nie . sebab aku bukan otak computer . setiap kali subject yang berkaitan dengan sistem . mesti rasa macam down gila . setakat nak amek minnor sistem tue . rasa oke jela kowd . so apply sudah . tinggal doa dan tawakal jela . harap sangat dapat further degree . 

# terharu dengan encik azri yang bersusah-payah belikan nombor pin yang baru . 

22 October 2013

Nombor pin untuk kemasukan degree


hello there !

dengan penuh rasa terharu dan bersemangatnya . bertemankan taik mata dan air liur basi . terus bukak i student . dengan niat yang suci dan murni untuk menjalankan misi meng'apply' permohonan untuk sambung degree . yela . pukul 9 lagi ayah dah siap-siap pergi Bank BSN kat Simpang Pertang nak belikan no pin untuk anak dara dia yang mempunyai masalah bangun pagi ini . tiba-tiba dengan semangat yang rakus ini . terpandangakan something wrong dekat slip no pin tersebut . terus badan menggeleter macam baru lepas nampak hantu kak limah dengan mata hampir nak tersembul keluar . haha . yang tue aku tipu je . tadelah sampai tahap begitu sekali ghupenya . 

click gambar untuk tumbesaran

asal harga no pin nie sampai rm17 . bukan ke Rosma cakap rm10 je . gelabah terus . terus kelam kabut mesej si roomate Nurul and bukak facebook mencari kawan-kawan seangkatan . maka sahlah memang dah salah beli . terus tertonggeng sebab frust gila . oke . tipu lagi . so for those . yang dari diploma nak beli no pin untuk kemasukan degree tue . kalau nak beli pastikan anda membeli no pin yang berharga RM10.00 oke . bukan RM17.00 . so untuk yang dari diploma nak masuk ke degree tue . sila cakap dengan terang dan nyata dekat staff bank tue bahawasanya anda mahukan 'no pin untuk penerapan uitm' .

# dah leceh nak kena beli yang baru . melayang duet ayah rm17 hengget . kesian ayah .



19 October 2013

Kesudahannya

hello there !

sangat  lama tak menghupdate any entry for this year . very long periods of time . dengan kekangan masa plus kekangan sumber internet . jadi niat untuk menghupdate blog terpaksa diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja . even tersangatlah bersemangat untuk menghupdate dan menceritakan segalanya . sampai satu tahap diri sendiri pun lupa yang pernah ade blog sendiri . dashat bukan . 

so far . alhamdulillah . telah berjaya menamatkan 5 sem untuk program Diploma Pengurusan Maklumat at UiTM Machang . even not officially yet . tapi kebahagiaannya bagai setinggi langit . kalau boleh dah tak nak lagi stay dekat Machang . dah tak nak lagi usung dua tiga beg tiap kali nak cuti sem and masuk sem . dah tak nak lagi keseorangan tiap kali malam and pagi bila nak tunggu bas untuk balik machang . 

Bangunan Pentadbiran UiTM Machang by google

tapi even kebahagiaan tue setinggi langit . tapi kesedihan juga setinggi gunung . sedih untuk meninggalkan segala kenangan selama berada di machang . sedih untuk meninggalkan kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk menggenggam segulung diploma . classmate yang sama-sama berhempas pulas menyiapkan segala assignment dan menyiapkan diri untuk segala quiz , test dan final exam and tak lupa kesedihan untuk meninggalkan roomate yang sentiasa ada dalam keadaan susah dan senang . dan yang paling penting lecturer yang dah banyak memberi tunjuk ajar . didikan . nasihat dan teguran .

setiap kenangan selama berada di Machang . akan ku simpan dan kenang selamanya . cewwah . hihi . 

# UiTM dihatiku selamanya .

04 December 2012

sem baru .

alhamdulillah .

pejam celik pejam celik . dah habis semester break . rasa macam sekejap sangat . bukak je mata . dah part 4 rupanya . rasanya macam baru semalam habis MDS . hehe .

naik semester nie . still lagi muka roomate yang sama . bilik yang sama . keadaan yang sama . clasmates yang sama . semuanya sama lah . takde pon yang nak jadi pelanduk dua serupa ke berupa-rupa ke . pendek kata semuanya sama . syukur jugak even semuanya sama . but sor far eveything going smoothly  .

hope sangat this semester dapat kawal segala macam perasan . tak nak emo sangat . tak nak pressure sangat . tak nak tension sangat . tak nak lembap sangat . senang kata nak relax je . tak nak cepat gelabah . hee . ayat macam terkawal gila . 

so SELAMAT DATANG KE UITM MACHANG SESI 2012/2013 . FIGHTING !

22 November 2012

ICT Shah Alam

wassup 

asyik tertangguh je nak menghupdate blog lusuh nie . so berkat dari kerajinan yang sedang mengunung sekarang . dengan ringan tangannya . aku nak bercerita tentang perjalanan aku dekat ICT Shah Alam . not bad . suam-suam kuku jugaklah lepak dekat sana .

xcelly . aku dengan kaum kerabat aku bertolak dari rumah pagi tapi round-round Shah Alam dulu . tunggu abang second aku abes kuliah ape semua .  sebab dah janji nak jumpa time datang shah alam . sementara tunggu dia dapat lah gambar nie sebijik dekat Giant . hee .

my sis . my cousin . me .

bila my abang dah sampai kami pon bergeraklah ke ICT tapi singgah makan dulu . lupa nak cakap time sampai Shah Alam hujan lebat gila . siap makan ape semua kami pon bertolak ke ICT . masuk je ICT terus cari parking . parking kereta sebelum pukul 6 RM3 tapi selepas pukul 6 RM10 . motor aku tak sure sangat la . memang RM3 je kot .

destinasi pertama kami masuk snowalk . nie pon kenakan kadar bayaran yang agak tinggi . sebelum pukul 6 kanak RM20 dewasa RM25 tapi selepas pukul 6 kanak-kanak RM30 dewasa RM35 .


pintu masuk snowalk

iglu ice 

iglu ice

singa 

singa

adik tia

ice man 

sejuknya

kami semua

kakak edayah

me

dengan kesejukan 5 darjah celcius macam hape tah . mengigil kami semua . tapi kalau dah tak tahan sejuk sangat . kita boleh keluar panaskan badan . lepas tue bole masuk semula . nak masuk berapa lame pon tak kisah . dalam nie macam-macam ada . boleh turun gelongsor pakai pelampung . kasut gergasi . nak naik mainan dalam nie semuanya free . bila dah puas bersalji dalam nie kami pon keluar sebab dah tak tahan sangat dah .

after that round-round dekat luar pulak . so tengok jela gambar dekat bawah nie . 





















dalam nie lebih kurang macam funfair jugak . setiap kali nak naik mainan dalam nie kena bayar RM5 ade jugak yang mahal . ikut atas jenis game tue jugak la . dalam nie jugak boleh mandi-manda . besar jugak la . macam wet world jugak .

dalam pukul 8 lebih baru bergerak balik . letih gila lah kan . kaki lenguh round-round dekat situ je . itupun tak pergi dekat semua pelusuk ICT lagi . that's all . daaa .


14 November 2012

awal muharram .

salam 

pejam celik pejam celik dah masuk awal muharram. so nak share benda nie untuk amalan bersama .

doa akhir tahun dan awal tahun . hendaklah dibaca doa akhir tahun selepas waktu asar pada akhir bulan zulhijjah sebanyak tiga kali . dan dibaca doa awal tahun selepas waktu maghrib pada 1 muharram sebanyak tiga kali juga . ini adalah supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunanan daripada ALLAH s.w.t . insyaALLAH .

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.



jamuan ringan

hai 

memang busy gila . even aku tak memasak pon . tapi penat jugak tolong ape yang patut . semalam family aku ada buad makan-makan sikit dekat rumah kami di taman kasih putera bahau . dah lama tak pergi jenguk rumah kat sane . dah ramai kowd warga asing . eh bukan warga asing macam bangladesh tue tapi warga asing yang aku tak kenal . dulu sebelah kanan rumah aku tade orang lagi . so semalam pergi . wah . askar rupanya . wife dia cikgu .  

so semalam sampai rumah dalam pukul 8 lebih pagi . tengah bersiap-siap nak kemas . dah sampai pon diorang . cepatnye . ala . tak jauh pon . sejam lebih je . dari yang tua sampai ke dara dan teruna . semua duduk berbincang hal dunia . tapi sekecik dan perasan diri tu kecik seronok main dekat taman even time tue panas terik  .

time nie ade orang datang pasang grill rumah aku . so banyak gila noise time kitaorang tengah kusyuk berborak sampai tak sempat nak pandang kiri kanan . dalam pukul 1 . barulah start makan-makannye . makanan kampung je . ada petai . ikan masin . budu . HAHA .

siap makan . semua bergelimpangan depan ruang tamu . ape lagi buad kilang taik mata lah . dalam pukul 4 lebih masing-masing keluar pergi pusing area bahau . tapi aku yang dah muak tengok suasana bahau . tinggal ajela dalam rumah . time nie mak si zaidi aka bakal mak mentua adik aku datang rumah sebab datang hantar adik aku yang dia kutip dekat stesen bas . adik aku da stat cuti sem la . time tue stok makanan air semua dah habes . kira dah packing-packing nak bawak balik dah . serba salah aku . mak cik tue duduk tak lama sebab rumah aku time tue mane ada orang. mak cik ke ? muda lagi weyh . hehe . 

so dalam pukul 6 setengah kami pon bergerak pulang . tapi ayah tak nak balik lagi . so nak ta nak kena pusing-pusing bahau jugak . lepak kiara square lama gila . tapi tak sempat nak tengok wayang and karoke ape semua . just sempat la belanje kazen and adik-adik aku main game . syook . 

aku nak masukkan gambar . tapi semua macam buruk je . fone aku cikai je . gambar-gambar pon samar-samar je . so ta nak la masuk .

 TAMAT 

11 November 2012

blog yang cantik .

hai .

hari nie dengan niat seikhlas yang boleh aku cuba nak edit blog aku bagi nampak kemas.cantik.bersih . tapikan.tapikan . aku dah berusaha banyak kali dah . tapi usaha aku sia-sia je . see . same je kan blog aku ? . aku memang tak kreatif langsung . keje delete je . last-last aku fedup weyh . aku tak nak edit dah . biarlah dia macam nie pon . even tak kemas.cantik.bersih tapi okeylah pada pandangan aku . takdelah serabut sangat . 

xcelly . aku jelez tengok blog mereka.mereka yang kemas.cantik.bersih . tapi apa kan daya . aku takde bakat macam mereka . so aku kena terima hakikat yang aku tade kreativiti untuk ubah benda alah nie .

oke . bye . =)

10 November 2012

kek cantik . .

salam .

duduk lepak dengan cik google . tetibe rasa nak share pic-pic nie kat sini . 
tapi before tengok pic-pic kat bawah nie . diingatkan bahawa .
 tolong sediakan sapu tangan sebelum saliva korang semua meleleh tahap tak hengat .

no . no . no . 


. so meyh nak share spesis-spesis kek yang aku curi dari cik google . 









semuanya comel-comel kan ? . ada urmphh gituuwww ! . aku nak share sikit je . yang lain-lain tue boleh ngedap-ngedap dekat cik google . (Y)

09 November 2012

result part 3 . .

salam 

pagi tadi dengan berbekalkan air liur basi dengan taik mata . 
aku dengan tahap rakus tak hengat . terus sign in yahoo. result aku keluar hari nie beb . 
cuak debar takut tensen . perh . pakej siap perasaan aku time tue .
aku target result aku down gila sem ni . yelah . sem lepas aku rasa tensen nak mati . 
so dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim .



alhamdulillah . after waiting for three sem i can hold dean list . 



 

05 November 2012

kata-kata hari ini .

salam ukhwah . 

besi itu kuat tapi api mampu meleburkannya .

api itu kuat tapi air mampu memadamkannya .

air itu kuat tapi awan mampu menyejatkannya . 

awan itu kuad tapi angin mampu menolaknya .

angin itu kuat tapi  bukit mampu menghalangnya .

bukit itu kuat tapi manusia itu mampu menghancurkannya . 

manusia itu kuat tapi nafsu mampu menghancurkannya . 

nafsu itu kuat tapi IMAN mampu mengalahkannya .

24 October 2012

balik kampung . .

kampung , i'm coming . hehe .

di kesempatan ini . saya ingin mungucapkan selamat mengorbankan diri pada hari raya korban yang akan menjelma tidak lama lagi . saya dengan seikhlas hati menyusun sepuluh jari tangan ingin memohon maaf atas segala kekhilafan saya sama ada secara sedara atau separa sedar .


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buad seluruh umat islam tak kira bangsa , budaya , tua dan muda .

23 October 2012

wonderful time . .

salam satu malaysia

like this moments so much . .

with adeq degil and kakak comot . .

solat maghrib satu family . how wonderful this time . like it . <3>