30 December 2013

entry tiada title

hai bloggers 

eh . lama sangat dah tak hupdate apa-apa dekat blog nie . bersawang ape semua dah . so dengan rasa simpati terhadap blog buruk nie . aku gagahkan tangan dan otak ini untuk berfikir segala idea untuk menghudpate entri kali ini . 

nak cerita pasal isu semasa macam tak tengok berita sangat . dah adik aku duduk layan korea tak kesudah . baca newspaper apatah lagi . kalau time belajar dulu rajin jugak lepak library baca paper free sambil menikmati kesejukkan aircond yang tiada taranya .  tapi kini menanti newspaper free amatlah susah . 

nak cerita pasal gosip artis . tak tahu nak gosip ape . aku pun layan MELETOP dengan MELODI je kalau nak tengok gosip artis . so kesudahannya . memang tak ada idea datang pon . dengan sekarang kena tunggu balik rumah baru boleh hupdate blog nie . handset cikai aku pulak memang tak boleh nak hupdate apa-apa . tak jumpa-jumpa button publish . leceh betul . 

tetibe rasa nak tukar handset yang besar gedabak macam budak-budak muda sekarang . macam tua sangat kita nie . haha . namun apakan daya . semuanya memerlukan WANG . sedangkan aku hanyalah penggangur tegar yang selalu menghabiskan masa dengan hanya goyang kaki dikampung atok aku . maka jadilah aku seperti pak jenin yang hanya mampu berangan . 

sekian untuk kali nie .

1 comment:

Zubaidah said...

haha. samal. penganngur gak zuby nie tp berangan nak ada hp baru :P