28 October 2013

Kerja

salam semua

rasa macam dah lama gila cuti . bosan . dah tak betah nak duduk dalam rumah je . sampai ayah dah panggil puteri lilin . langsung tak keluar rumah . tak sabar nak kerja . tapi tuelah tak tahu nak kerja apa . semalam ada call cik din . tauke kedai makan . dulu pernahlah kerja dengan dia time tunggu result SPM . tapi sekarang nie kedai dia dah full . so die suruh tunggu dulu . nanti die inform balik . sebab die dah cakap . kalau aku nak masuk . die oke je . so sekarang nie aku nak tuntutlah janji-janji manis die tue . 

aku bukan tak nak cari keje lain . tapi aku nak amek lesen . so kalau keje kedai makan nie . anytime aku bole cuti . lagipun aku dengan cik din nie ngam je . die tue gila-gila . kuad melatah pulak tue . tapi tue lah gaji ciput je . macam tak berbaloi pun ye jugak . tapi dari duduk rumah tak dapat pape better keje kan . so its oke la . 

tue jela kowd untuk hari ini . tataw nak hupdate ape dah . 

23 October 2013

Kali nie betul

salam semua .

alhamdulillah . masalah pagi tadi mampu diselesaikan dengan sekelip mata dengan bantuan encik azri kesayangan . terima kasih awak untuk bantuan yang dihulurkan . terima kasih sebab bersusah payah beli nombor pin yang baru . terima kasih untuk duit yang melayang hari ini . terima kasih untuk minyak yang digunakan untuk pergi ke BSN . terima kasih untuk masa yang dibazirkan begitu sahaja . 

oke . stop pasal encik kesayangan . maka dengan berbekalkan nombor pin yang baru . maka berjayalah untuk meng'apply' application tersebut dengan bantuan roomate kesayangan rosma . dengan bantuan tersebut maka aku telah berjaya men'apply' ini . 


kalau boleh nak jugak dapat rekod . tapi kalau dapat library pun oke jugak . paling dielakkan sistem . memang tak kenanlah dengan sistem nie . sebab aku bukan otak computer . setiap kali subject yang berkaitan dengan sistem . mesti rasa macam down gila . setakat nak amek minnor sistem tue . rasa oke jela kowd . so apply sudah . tinggal doa dan tawakal jela . harap sangat dapat further degree . 

# terharu dengan encik azri yang bersusah-payah belikan nombor pin yang baru . 

22 October 2013

Nombor pin untuk kemasukan degree


hello there !

dengan penuh rasa terharu dan bersemangatnya . bertemankan taik mata dan air liur basi . terus bukak i student . dengan niat yang suci dan murni untuk menjalankan misi meng'apply' permohonan untuk sambung degree . yela . pukul 9 lagi ayah dah siap-siap pergi Bank BSN kat Simpang Pertang nak belikan no pin untuk anak dara dia yang mempunyai masalah bangun pagi ini . tiba-tiba dengan semangat yang rakus ini . terpandangakan something wrong dekat slip no pin tersebut . terus badan menggeleter macam baru lepas nampak hantu kak limah dengan mata hampir nak tersembul keluar . haha . yang tue aku tipu je . tadelah sampai tahap begitu sekali ghupenya . 

click gambar untuk tumbesaran

asal harga no pin nie sampai rm17 . bukan ke Rosma cakap rm10 je . gelabah terus . terus kelam kabut mesej si roomate Nurul and bukak facebook mencari kawan-kawan seangkatan . maka sahlah memang dah salah beli . terus tertonggeng sebab frust gila . oke . tipu lagi . so for those . yang dari diploma nak beli no pin untuk kemasukan degree tue . kalau nak beli pastikan anda membeli no pin yang berharga RM10.00 oke . bukan RM17.00 . so untuk yang dari diploma nak masuk ke degree tue . sila cakap dengan terang dan nyata dekat staff bank tue bahawasanya anda mahukan 'no pin untuk penerapan uitm' .

# dah leceh nak kena beli yang baru . melayang duet ayah rm17 hengget . kesian ayah .



19 October 2013

Kesudahannya

hello there !

sangat  lama tak menghupdate any entry for this year . very long periods of time . dengan kekangan masa plus kekangan sumber internet . jadi niat untuk menghupdate blog terpaksa diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja . even tersangatlah bersemangat untuk menghupdate dan menceritakan segalanya . sampai satu tahap diri sendiri pun lupa yang pernah ade blog sendiri . dashat bukan . 

so far . alhamdulillah . telah berjaya menamatkan 5 sem untuk program Diploma Pengurusan Maklumat at UiTM Machang . even not officially yet . tapi kebahagiaannya bagai setinggi langit . kalau boleh dah tak nak lagi stay dekat Machang . dah tak nak lagi usung dua tiga beg tiap kali nak cuti sem and masuk sem . dah tak nak lagi keseorangan tiap kali malam and pagi bila nak tunggu bas untuk balik machang . 

Bangunan Pentadbiran UiTM Machang by google

tapi even kebahagiaan tue setinggi langit . tapi kesedihan juga setinggi gunung . sedih untuk meninggalkan segala kenangan selama berada di machang . sedih untuk meninggalkan kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk menggenggam segulung diploma . classmate yang sama-sama berhempas pulas menyiapkan segala assignment dan menyiapkan diri untuk segala quiz , test dan final exam and tak lupa kesedihan untuk meninggalkan roomate yang sentiasa ada dalam keadaan susah dan senang . dan yang paling penting lecturer yang dah banyak memberi tunjuk ajar . didikan . nasihat dan teguran .

setiap kenangan selama berada di Machang . akan ku simpan dan kenang selamanya . cewwah . hihi . 

# UiTM dihatiku selamanya .