22 November 2012

ICT Shah Alam

wassup 

asyik tertangguh je nak menghupdate blog lusuh nie . so berkat dari kerajinan yang sedang mengunung sekarang . dengan ringan tangannya . aku nak bercerita tentang perjalanan aku dekat ICT Shah Alam . not bad . suam-suam kuku jugaklah lepak dekat sana .

xcelly . aku dengan kaum kerabat aku bertolak dari rumah pagi tapi round-round Shah Alam dulu . tunggu abang second aku abes kuliah ape semua .  sebab dah janji nak jumpa time datang shah alam . sementara tunggu dia dapat lah gambar nie sebijik dekat Giant . hee .

my sis . my cousin . me .

bila my abang dah sampai kami pon bergeraklah ke ICT tapi singgah makan dulu . lupa nak cakap time sampai Shah Alam hujan lebat gila . siap makan ape semua kami pon bertolak ke ICT . masuk je ICT terus cari parking . parking kereta sebelum pukul 6 RM3 tapi selepas pukul 6 RM10 . motor aku tak sure sangat la . memang RM3 je kot .

destinasi pertama kami masuk snowalk . nie pon kenakan kadar bayaran yang agak tinggi . sebelum pukul 6 kanak RM20 dewasa RM25 tapi selepas pukul 6 kanak-kanak RM30 dewasa RM35 .


pintu masuk snowalk

iglu ice 

iglu ice

singa 

singa

adik tia

ice man 

sejuknya

kami semua

kakak edayah

me

dengan kesejukan 5 darjah celcius macam hape tah . mengigil kami semua . tapi kalau dah tak tahan sejuk sangat . kita boleh keluar panaskan badan . lepas tue bole masuk semula . nak masuk berapa lame pon tak kisah . dalam nie macam-macam ada . boleh turun gelongsor pakai pelampung . kasut gergasi . nak naik mainan dalam nie semuanya free . bila dah puas bersalji dalam nie kami pon keluar sebab dah tak tahan sangat dah .

after that round-round dekat luar pulak . so tengok jela gambar dekat bawah nie . 





















dalam nie lebih kurang macam funfair jugak . setiap kali nak naik mainan dalam nie kena bayar RM5 ade jugak yang mahal . ikut atas jenis game tue jugak la . dalam nie jugak boleh mandi-manda . besar jugak la . macam wet world jugak .

dalam pukul 8 lebih baru bergerak balik . letih gila lah kan . kaki lenguh round-round dekat situ je . itupun tak pergi dekat semua pelusuk ICT lagi . that's all . daaa .


14 November 2012

awal muharram .

salam 

pejam celik pejam celik dah masuk awal muharram. so nak share benda nie untuk amalan bersama .

doa akhir tahun dan awal tahun . hendaklah dibaca doa akhir tahun selepas waktu asar pada akhir bulan zulhijjah sebanyak tiga kali . dan dibaca doa awal tahun selepas waktu maghrib pada 1 muharram sebanyak tiga kali juga . ini adalah supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunanan daripada ALLAH s.w.t . insyaALLAH .

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.



jamuan ringan

hai 

memang busy gila . even aku tak memasak pon . tapi penat jugak tolong ape yang patut . semalam family aku ada buad makan-makan sikit dekat rumah kami di taman kasih putera bahau . dah lama tak pergi jenguk rumah kat sane . dah ramai kowd warga asing . eh bukan warga asing macam bangladesh tue tapi warga asing yang aku tak kenal . dulu sebelah kanan rumah aku tade orang lagi . so semalam pergi . wah . askar rupanya . wife dia cikgu .  

so semalam sampai rumah dalam pukul 8 lebih pagi . tengah bersiap-siap nak kemas . dah sampai pon diorang . cepatnye . ala . tak jauh pon . sejam lebih je . dari yang tua sampai ke dara dan teruna . semua duduk berbincang hal dunia . tapi sekecik dan perasan diri tu kecik seronok main dekat taman even time tue panas terik  .

time nie ade orang datang pasang grill rumah aku . so banyak gila noise time kitaorang tengah kusyuk berborak sampai tak sempat nak pandang kiri kanan . dalam pukul 1 . barulah start makan-makannye . makanan kampung je . ada petai . ikan masin . budu . HAHA .

siap makan . semua bergelimpangan depan ruang tamu . ape lagi buad kilang taik mata lah . dalam pukul 4 lebih masing-masing keluar pergi pusing area bahau . tapi aku yang dah muak tengok suasana bahau . tinggal ajela dalam rumah . time nie mak si zaidi aka bakal mak mentua adik aku datang rumah sebab datang hantar adik aku yang dia kutip dekat stesen bas . adik aku da stat cuti sem la . time tue stok makanan air semua dah habes . kira dah packing-packing nak bawak balik dah . serba salah aku . mak cik tue duduk tak lama sebab rumah aku time tue mane ada orang. mak cik ke ? muda lagi weyh . hehe . 

so dalam pukul 6 setengah kami pon bergerak pulang . tapi ayah tak nak balik lagi . so nak ta nak kena pusing-pusing bahau jugak . lepak kiara square lama gila . tapi tak sempat nak tengok wayang and karoke ape semua . just sempat la belanje kazen and adik-adik aku main game . syook . 

aku nak masukkan gambar . tapi semua macam buruk je . fone aku cikai je . gambar-gambar pon samar-samar je . so ta nak la masuk .

 TAMAT 

11 November 2012

blog yang cantik .

hai .

hari nie dengan niat seikhlas yang boleh aku cuba nak edit blog aku bagi nampak kemas.cantik.bersih . tapikan.tapikan . aku dah berusaha banyak kali dah . tapi usaha aku sia-sia je . see . same je kan blog aku ? . aku memang tak kreatif langsung . keje delete je . last-last aku fedup weyh . aku tak nak edit dah . biarlah dia macam nie pon . even tak kemas.cantik.bersih tapi okeylah pada pandangan aku . takdelah serabut sangat . 

xcelly . aku jelez tengok blog mereka.mereka yang kemas.cantik.bersih . tapi apa kan daya . aku takde bakat macam mereka . so aku kena terima hakikat yang aku tade kreativiti untuk ubah benda alah nie .

oke . bye . =)

10 November 2012

kek cantik . .

salam .

duduk lepak dengan cik google . tetibe rasa nak share pic-pic nie kat sini . 
tapi before tengok pic-pic kat bawah nie . diingatkan bahawa .
 tolong sediakan sapu tangan sebelum saliva korang semua meleleh tahap tak hengat .

no . no . no . 


. so meyh nak share spesis-spesis kek yang aku curi dari cik google . 









semuanya comel-comel kan ? . ada urmphh gituuwww ! . aku nak share sikit je . yang lain-lain tue boleh ngedap-ngedap dekat cik google . (Y)

09 November 2012

result part 3 . .

salam 

pagi tadi dengan berbekalkan air liur basi dengan taik mata . 
aku dengan tahap rakus tak hengat . terus sign in yahoo. result aku keluar hari nie beb . 
cuak debar takut tensen . perh . pakej siap perasaan aku time tue .
aku target result aku down gila sem ni . yelah . sem lepas aku rasa tensen nak mati . 
so dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim .



alhamdulillah . after waiting for three sem i can hold dean list . 



 

05 November 2012

kata-kata hari ini .

salam ukhwah . 

besi itu kuat tapi api mampu meleburkannya .

api itu kuat tapi air mampu memadamkannya .

air itu kuat tapi awan mampu menyejatkannya . 

awan itu kuad tapi angin mampu menolaknya .

angin itu kuat tapi  bukit mampu menghalangnya .

bukit itu kuat tapi manusia itu mampu menghancurkannya . 

manusia itu kuat tapi nafsu mampu menghancurkannya . 

nafsu itu kuat tapi IMAN mampu mengalahkannya .